SMS Tuanku Munawir


SASER

Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER) mula ditubuhkan secara rasminya pada Februari 2002. Sekolah ini menggunakan tapak dan bangunan yang  ditinggalkan oleh Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang mendapat premis baru yang terletak di Sg. Gadut. Kerja-kerja naik taraf sekolah yang ditinggalkan dan tidak digunakan hampir tiga bulan telah dijalankan dan melibatkan kos     keseluruhannya hampir RM 600,000.00. Kerja-kerja naik taraf ini bermula pada      28 Februari dan siap sepenuhnya pada 30 Mac 2002.

Pengetua-pengetua yang berjasa kepada SASER sepanjang penubuhannya ialah  Dato’ Haji Azam b Hj Md Atan selaku Pengetua Sulung kini bertugas sebagai Pengetua di SM Sains Rembau. Tn Hj Baharuddin b Dato’ Borhan kini bertugas sebagai Pengetua di SM Sains Muzaffar Shah, Melaka. Pengetua ketiga ialah Tn Hj Mohamad Kamaludin b Hj Taib kini bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala Pengetua sekarang ialah Tn Hj Sabuddin b Hj Sani.

SASER telah melakarkan kejayaannya tersendiri di peringkat Sekolah Berasrama Penuh dan kebangsaan. Pada SPM 2007, SASER memperoleh beberapa anugerah yang dianugerahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antaranya ialah Anugerah Terbilang, Anugerah Emas, Anugerah Perdana Akademik dan Anugerah Khas. Tahun 2007 juga menyaksikan SASER diberi penghormatan tertinggi iaitu Anugerah Sekolah cemerlang 2007 Kategori Sekolah Berasrama Penuh oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia.

Kegemilangan SASER diteruskan pada tahun 2009 dengan mendapat tempat teratas dalam kalangan SBP yang lain dalam keputusan SPM 2008. Untuk itu, beberapa anugerah telah diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Anugerah Khas, Anugerah Terbilang, Anugerah Khas Untuk Subjek Elektif dan Anugerah Emas Untuk Subjek Teras. Mulai tahun 2006, 2007 dan 2008, SASER mendapat tempat pertama di seluruh SBP. Seterusnya, SPM 2009 menyaksikan SASER mendapat kedudukan yang pertama dalam SPM di peringkat kebangsaan. Bermula pada tarikh 8 Mac 2011 SASER dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir. 


VISI

SASER Penjana Modal Insan Terbilang Menjelang 2020

MISI

SASER Penjana Modal Insan Terbilang Menjelang 2020


MATLAMAT

· Menampilkan iklim sekolah yang selamat dan memberangsangkan bagi melahirkan generasi Malaysia yang sihat, prihatin dan penyayang


· Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan dinamik


· Melahirkan warga sekolah yang berilmu pengetahuan, beriman dengan ilmu yang diperolehi serta dapat berbakti dengan ilmu tersebut kepada diri dan orang lain



· Melahirkan warga sekolah yang kreatif, inovatif, kritis serta mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi





LENCANA

Images: lenacana.png



PIAGAM PELANGGAN

Kami kakitangan Sekolah Menengah Sains Seremban berusaha berlandaskan kecemerlangan adalah tradisi dan mengamalkan serta menghayati pengurusan yang berkesan, peka serta responsif terhadap keperluan-keperluan berlandaskan perkara berikut:


· Melaksanakan tugas-tugas kami secara professional sebagai pendidik berwibawa dan sedar   bahawa kami menjadi teladan kepada pelajar-pelajar dan pemeliharaan imej guru terletak di atas bahu setiap guru sekolah ini.

· Memberi perkhidmatan yang terbaik menerusi pengurusan yang cepat, cekap dan tegas serta layanan yang mesra dan adil.

· Berkerja dengan lebih imaginatif, kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang.

· Melaksanakan tugas pendidik dengan cekap, inovtif, kreatif serta mempunyai dedikasi yang tinggi.

· Sentiasa peka dan bersedia menerima cadangan yang membina daripada semua pihak.

· Semua urusan pendidikan dan perlkhidmatan di sekolah akan diambil tindakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.


DOA RASMI SEKOLAH

Segala puji Tuhan sekelian alam
Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya.
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami,
Dosa saudara-saudara Islam kami dan juga mereka yang telah menemui-Mu
Ya Allah
Jadikanlah diri kami insan yang beriman, bertakwa dan beramal soleh
Hidupkan kami dengan iman, matikan kami dengan iman
Serta masukkan kami ke syurga dengan penuh keimanan
Akhirkanlah umur kami Ya Allah dengan kesudahan yang baik
Dan jauhilah kiranya di akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik
Kami bermohon ke hadrat-Mu Ya Allah
Tanamkanlah pada diri kami
Kesungguhan dan kekuatan untuk mencapai kejayaan cemerlang
Dunia dan akhirat
Ya Allah Ya tuhan kami
Jauhkanlah kami dari sifat lemah dan malas
Sifat takut dan bakhil, tertekan dan ditindas
Serta sifat-sifat mazmumah yang lain
Jadikanlah kami pelajar yang beroleh rahmat-Mu
Keberkatan dari-Mu
Taat dan hormat kepada kedua ibu bapa dan guru-guru
Berkatilah dan rahmatilah sekolah kami ini
Berikanlah kekuatan dan kesihatan yang baik kepada guru-guru kami
Agar dapat mendidik kami dengan sempurna
Menjadi insan yang mulia dan berguna
AMIN YA RABBAL ALAMIN

STAF AKADEMIK

STAF AKADEMIK SASER 2012
                                                                            
PENGETUA
Tn Hj Sabuddin b Hj Sani
GPK 1
En Roslie b Ahmad
GPK HEM
En Norazhar b Mohd Shah
GPK KOKO
En Mohd Nor b Shafie
KETUA BIDANG
  • En Adnan b Harun (GKMP Bahasa)
  • En Badrol Shah Abdul Saha (GKMP Teknik & Vokasional)
  • Pn Hjh Roziah bt Abu Bakar (GKMP Sains & Matematik)
  • Pn Zaiton bt Bujang (GKMP Kemanusiaan)
KAUNSELOR
  • Cik Farahida bt Rofii
  • Pn Syazliana bt Sahrani
  • Cik Norazila bt Zaki
PANITIA BAHASA MELAYU
  • Pn Nasirah bt Mohd Ghazali (KP)
  • Tn Hj Haris b Abd Rashid
  • Pn Haizan bt Md Rashid
  • Cik Fazlina Iliani bt Ismail
PANITIA BAHASA INGGERIS
  • Pn Zahuren bt Abdul Kadir (KP)
  • En Hafidzullah Helmy b Abu Bakar
  • Pn Lim Chui Hoon
  • Pn Suhaidah bt Rosli
  • Pn Hjh Rogayah
  • Pn Unaizah bt Mohd Attas
PANITIA MATEMATIK
  • Pn Hjh Noraini bt Kassim (KP)
  • Pn Norafida bt Konting
  • Pn Aini Haziah bt Amirullah
  • En Kaharuddin b Mohamad Noor
PANITIA SEJARAH
  • Cik Nur Farehah bt Ghazali (KP)
  • Pn Zaiton bt Bujang (GKMP Kemanusiaan)
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
  • Pn Najdah bt Sanusi (KP)
  • Ustaz Badrol Shah b Abdul Saha (GKMP Teknik & Vokasional)
  • Pn Nareha bt Ab Kadir
  • Pn Samsiah bt Shaari
  • Ustaz Mohd Kaspuddin b Salahuddin
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
  • Pn Fizzy Sherani bt Mohd Izhar (KP)
PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN
  • Pn Siti Azlina bt Hairudin (KP)
  • En Roslie b Ahmad (GPK 1)
  • En Norazhar b Mohd Shah (GPK HEM)
  • Pn Siti Noraisah bt Mohd Nazri
  • Cik Salhalida bt Abd Kudus
  • Cik Suraini bt Sulaiman
PANITIA KIMIA
  • Pn Faridah bt Hamat (KP)
  • Cik Hjh Rossita bt Radzak
  • Pn Chio Sin Tein
  • En Mohd Razi b Mohd Shah
PANITIA FIZIK
  • Pn Jennyta bt Noorbi (KP)
  • Pn Nor Patimah bt Jidin
  • Pn Rusni bt Md Din
  • En Khairul Azman b Md Amin
PANITIA BIOLOGI
  • Cik Hartini bt Abdul Mutalib (KP)
  • Pn Helmiah bt Muhammad Makpol
  • Pn Airin bt Abu Bakar
  • Pn Hjh Roziah bt Abu Bakar (GKMP Sains & Matematik)
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
  • En Mohd Nor b Shafie (GPK KOKO)
  • En Mohd Shahrulhazry b Md Rais(KP)
PANITIA SIVIK
  • Pn Noor Hashimah bt Ibrahim (KP)
PANITIA EST
  • Pn Hjh Rogayah bt Haron (KP)